<strong>Misi Bantuan Banjir Day 1</strong>

WEB_MISI_3
News

Misi Bantuan Banjir Day 1

4 Disember 2024 – Seramai 40 orang sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan staf KISMEC telah berganding bahu dalam misi bantuan banjir di Taman Tabung Haji, Kepala Batas, Kedah. Misi bantuan banjir ini merupakan kerjasama antara KISMEC dan Thong Guan Industries Berhad, bagi membantu membersihkan kawasan perumahan yang terjejas akibat banjir besar yang melanda baru-baru ini.
 
Pengarah Eksekutif KISMEC, En. Mohd Yusuri Yusof juga turut turun padang bersama-sama sukarelawan bagi menyantuni mangsa banjir dan meringankan beban komuniti yang terkesan.
 
Terima kasih diucapkan kepada pihak Thong Guan Industries Berhad dan semua sukarelawan atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan misi ini. Doa kami sentiasa bersama mangsa-mangsa banjir, semoga mereka diberikan kekuatan dan ketabahan untuk mengharungi ujian ini.
Alert: You are not allowed to copy content or view source !!