<strong>Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) – UniSHAMS x KISMEC</strong>

mou_unishams1
News

Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) – UniSHAMS x KISMEC

 
Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) dan Kedah Industrial Skills and Management Development Centre (KISMEC) telah diadakan di kampus UniSHAMS pada 23 November 2025.
 
MoU ini telah ditandatangani oleh Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif, Naib Canselor UniSHAMS dan Tuan Haji Mohd Yusuri Yusof, Pengarah Eksekutif KISMEC dengan disaksikan oleh dua wakil daripada kedua-dua institusi.
 
Melalui pemeteraian MoU ini, kedua-dua pihak berhasrat untuk meneroka program kolaboratif yang menyokong pembangunan bakat, meningkatkan kebolehpasaran graduan serta memenuhi keperluan tenaga kerja mahir yang semakin berkembang dalam ekosistem industri.
 
Alert: You are not allowed to copy content or view source !!