<strong>Taklimat Pelaksanaan Program Persekitaran Berkualiti (QE 5.0)</strong>

MPC QE_1
News

Taklimat Pelaksanaan Program Persekitaran Berkualiti (QE 5.0)


17 JULAI 2025 – Telah berlangsung taklimat Pelaksanaan Program Persekitaran Berkualiti (QE 5.0) anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang diadakan di Auditorium KISMEC Sungai Petani.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaki Jaafar, Pengurus Kanan MPC, yang berkongsi maklumat berkenaan pelaksanaan inisiatif QE 5.0. Pelaksanaan tersebut merupakan satu langkah penting ke arah membudayakan persekitaran kerja yang lebih sistematik dan produktif.

Terima kasih diucapkan kepada pihak MPC atas perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga sesi taklimat ini dapat memberikan nilai tambah kepada para pelajar serta staf KISMEC untuk terus mengamalkan budaya kerja yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

Alert: You are not allowed to copy content or view source !!