<strong>Program Advokasi Pencegahan Kemalangan PERKESO 2023</strong>

Advokasi1
News

Program Advokasi Pencegahan Kemalangan PERKESO 2023

5 Ogos 2023 – KISMEC telah dijemput oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk ke Program Advokasi Pencegahan Kemalangan PERKESO 2023 yang bertempat di Lotus’s Stores Sungai Petani Selatan dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Sumber Manusia. Seramai 21 orang pelajar serta 2 orang staf KISMEC yang diwakili oleh Puan Suhaila dan Puan Murniza telah hadir ke program tersebut.

Program yang diadakan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang pengurusan perjalanan selamat kepada orang ramai terutama sekali kepada golongan pekerja yang merupakan pencarum PERKESO. Melalui program ini juga diharap dapat membantu kerajaan bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya terhadap golongan pekerja termasuk orang bekerja sendiri (OBS).
 
Pihak KISMEC ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak PERKESO atas jemputan ini. Semoga program advokasi seperti ini dapat diteruskan demi mencapai matlamat bersama dalam meningkatkan kesedaran mengenai pencegahan kemalangan jalan raya.
Alert: You are not allowed to copy content or view source !!